Pages

Proposal

1.0  PENDAHULUAN



Sistem laman web ini dibangunkan sebagai medium untuk para pelanggan menempah cop getah (rubber stamp). Selain itu, para pelanggan dari daerah atau negeri lain juga boleh membuat tempahan jika mengikut peraturan serta syarat yang telah ditetapkan. Laman web ini juga menerima tempahan cop getah mengikut reka bentuk yang direka oleh para pelanggan sendiri.



2.0  TUJUAN



Untuk menyediakan satu medium menempah cop getah di atas talian.




3.0  OBJEKTIF



3.1  Memudahkan para pelanggan untuk menempah cop getah.
3.2  Memudahkan para pelanggan untuk melihat beberapa reka bentuk yang mereka inginkan.
3.3  Pelanggan dibenarkan mereka bentuk cop getah yang mereka ingin tempah





4.0  MAKLUMAT DOMINAN



Laman web FARAIDA ini ditubuhkan bagi membantu serta memudahkan para pelanggan untuk menempah cop getah tanpa perlu keluar rumah mencari kedai cop getah . Laman web FARAIDA akan menyenaraikan beberapa jenis cop nama serta beberapa reka bentuk yang menarik bagi memudahkan para pelanggan untuk memilih cop getah yang mereka inginkan. Selain itu, para pelanggan juga boleh membuat reka bentuk cop getah yang mereka inginkan. Malah, harga yang dikenakan adalah berpatutan mengikut jenis & reka bentuk yang ditempah.



            5.0  MAKLUMAT PELANGGAN



Umum (semua peringkat umur)




           6.0  SYARAT TEMPAHAN



6.1  Para pelanggan perlu melengkap semua maklumat yang dikehendaki di dalam borang online yang telah kami sediakan.

6.2  Proses membuat cop getah akan dilakukan setelah bayaran separuh dari harga penuh telah dimasukkan ke akaun kami.

6.3  Proses penghantaran akan dilakukan setelah pelanggan membuat bayaran penuh.

6.4  Pembatalan tempahan hanya akan diterima jika kami masih belum membuat cop getah yang ditempahan.

6.5  Jika tempahan cop getah telah kami siapkan dan pelanggan ingin membatalkan tempahan, bayaran separuh harga tidak akan dikembalikan.




            7.0  SPESIFIKASI WEB



7.1  TENTANG KAMI
Laman muka ini akan menerangkan tentang penubuhan laman web FARAIDA. Terdapat juga maklumat tentang ahli-ahli kumpulan FARAIDA di dalam laman muka ini.

7.2  SERVIS/ PERKHIDMATAN
Laman muka ini akan akan memberi beberapa contoh reka bentuk serta jenis yang pelanggan inginkan. Malah, kami juga akan sertakan beberapa maklumat tentang khidmat penghantaran mengikut kawasan dan daerah.
.
7.3  CARA/ ARAHAN TEMPAHAN
Laman ini akan menyatakan syarat tempahan serta cara untuk pelanggan membuat tempahan.

7.4  TEMPAHAN
Laman ini akan menyertakan borang online dimana pelanggan perlu mengisi ke semua yang dikehendaki. Malahan, pelanggan perlu bersetuju dengan syarat-syarat yang telah FARAIDA tetapkan.

7.5  HUBUNGI KAMI
Laman ini akan memaparkan cara untuk pelangga menghubungi kami. Antara cara yang pelanggan boleh berhubungi FARAIDA jika menghadapi masalah atau pertanyaan adalah melalui e-mail atau talian telefon.

8.0  PERSEMBAHAN WEB



(contoh laman web berkaitan laman web FARAIDA)

8.1 Muka Hadapan

















8.2 Tentang Kami


















8.3 Perkhidmatan

















8.4 Tempahan





                














8.5 Hubungi kami





No comments:

Post a Comment